Saja-saja

Assalamualaikum! sebenarnya tiada apa-apa yang hendak kuperkatakan hari ni. Sengaja buka blog ni bagi bernafas skit. Nampaknya masih ‘malas’ nak tulis. Maafkan saya….!!

Tinggalkan komen »

Kemaskini

Hampir 6 bulan setelah blog ini dibangunkan inilah kali pertama saya menulis lagi. Tekad saya (pada diri sendiri) ingin menulis seberapa kerap tidak dapat ditunaikan. Sebenarnya timbul dalam benak fikiran untuk menulis berbagai-bagai artikel. Namun tidak dapat memenuhinya disebabkan beberapa perkara. Alasan!

Sebab paling utama ialah ‘rasa malas’ untuk menulis dengan terpaksa memerah otak untuk menumpahkan segala idea. Dulu saya mempunyai banyak perkara hendak diperkatakan, sayang….. sekarang tajuk-tajuk tersebut telah lenyap dari ingatan.

Mungkin jika perkara tersebut menerjah kembali, insyaALlah akan saya utarakan walaupun apa yang ditulis itu mungkin telah “out of date” @ lapuk.

Saya cuba untuk bangkit dari lamunan dan khayalan. Pada saya untuk menghidupkan laman ini adalah dengan terus sahaja menurunkan pada papan kekunci apabila terlintas sesuatu di fikiran. Taip apa saja, janji jadi cerita. Ok! Mulai saat ini saya akan terus menulis. Tapi tidak janji setiap hari, mugkin sebulan sekali. Ok le tu!

Tinggalkan komen »

Apa khabar semua & dunia…..!

Assalamualaikum! Alhamdulillah hari ini 24 Syaaban 1428 / 6 September 2007 bermula satu dunia baru bagi hidupku. Iaitu dunia laman penulisan yang hebat lagi mencabar. Aku akan cuba mengisi alam baru ini, sedaya upaya dengan apa-apa jua yang difikirkan berguna untuk semua. Terima kasih atas segala sokongan anda semua tidak kira dimana pun berada.   

Tinggalkan komen »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.